LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA DAN SELAKU
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

Thursday, 23 February 2017

TUGU MERCU TANDA KAMPONG BELIMBING


PROFIL KAMPONG BELIMBING

Kampong Belimbing merupakan salah sebuah kampong yang terkandung di dalam Mukim Kota Batu. Kampong ini termasuk dalam kawasan Bandar Seri Begawan dan terletak 5.5 km daripada Bandar. Kampung ini boleh dikunjungi melalui Jalan Subok dan juga melalui Jalan Kebangsaan / Sungai Akar. Kampung ini bersempadan dengan Kampong Sungai Akar disebelah Utara, Kampong Sungai Belukut, Kampong Serdang dan Kampong Sungai Matan disebelah Timur manakala Kampong Subok disebelah Selatan.


KELUASAN MUKIM / KAMPONG : 8.0 HINGGA 8.55 Km persegi
RAMAI PENDUDUK : 3427 ORANG
BILANGAN RUMAH : 367 BUAH

JAWATANKUASA TERTINGGI
MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
SESI 2011-2016

 



BANGUNAN KERAJAAN

MASJID : MASJID KAMPONG BELIMBING

PEJABAT KERAJAAN

1) BENGKEL LEMBAGA BANDARAN

2) JABATAN ALAM SEKITAR

3) PUSAT PEMULIHAN BELIA JAPEM
4) KLINIK KESIHATAN

BANGUNAN QUARTERS KERAJAAN
2 BLOCK LEMBAGA BANDARAN

5 BUAH J.A.P.E.M
LAIN-LAIN BANGUNAN
CAWANGAN IBU SAWAT TELBRU

 RUMAH SEWA 38 BUAH
KEDAI / PASAR RAYA 
1 BUAH ( 5 PINTU) KEMUDAHAN ASAS

JALAN RAYA

BEKALAN AIR

TELEFON

ELETERIK

TEMPAT LAWATAN DI KAMPONG BELIMBING


PRODUK PENDUDUK-PENDUDUK KAMPUNG






 
BANCI PENDUDUK KAMPONG BELIMBING 

Bilangan Lelaki : 1671 Orang Bilangan Perempuan :1576 Orang Jumlah Penduduk : 3427 Orang

JUMLAH PENERIMA BANTUAN KERAJAAN
PENCEN TUA : 149 ORANG 
BANTUAN KEBAJIKAN :27 ORANG 
BANTUAN BAITUL MAL :------
ANAK-ANAK YATIM :38 ORANG 
FAKIR DAN MISKIN :20 ORANG
 MUALAF : 12 ORANG 
ORANG GANGUAN MENTAL :7 ORANG
ORANG CACAT :5 ORANG

[B][U][K][I][T]
[M][A][K][U][C][I][N][G]

SEJARAH BUKIT MARKUCING

Mengikut cerita dari orang-orang tua terdahulu bahawa kawasan ini ialah tempat rehat penduduk-penduduk kampong apabila mereka pergi berburu atau kehutan mencari rezeki. Ketika mereka berehat sambil membuka bekalan/bata untuk makan dan minum maka datanglah seekor kucing dengan suara "MENGIAU" untuk minta makanan. Apabila kucing itu diberi makan kucing itu terus menghilangkan diri entah kemana. Mungkin penduduk yang memberi makan itu bernama "UMAR". Setiap kali mereka hendak makan pasti kucing itu akan datang untuk minta makanan dan UMAR ini sering kali memberi makan kucing tersebut dan setiap kali itu lah sahabat UMAR ini mengatakan " mar kucing" apabila kucing tu datang. Mungkin sebab itu lah tempat ini dinamakan "BUKIT MARKUCING".

Kawasan ini mula dibuka / dirantis oleh beberapa orang Penduduk Kampong Belimbing dan seterusnya diusahakan membuat trek/laluan dan mula dibuka pada 09 Februari 2004. dari sejak tahun tersebut Bukit Markucing mendapat perhatian orang ramai.

Bukit Markucing telah diresmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Paduka Awg Haji Adanan Bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awg Mohd Yusof, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 09 April 2006 dan menjadi "TAMAN REKREASI BUKIT MARKUCING"
PENGENALAN
Taman Rekreasi Bukit Markucing
terletak dikawasan simpang 527 Kampong Belimbing
Ketinggiannya 165 meter dari paras laut
Jarak laluan 3.5km
Masa dalam 50 ke 60 minit
.

.
.

.
.

[T][A][M][A][N] [R][I][A][D][A][H]
[T][A][S][I][K] [S][A][R][U][B][I][N][G]







 SEJARAH TASIK SARUBING
Mengikut cerita dari orang-orang tua terdahulu bahawa kawasan ini ialah tempat orang berpadi
 
    Kawasan ini mula dibuka / dirantis oleh beberapa orang Penduduk Kampong Belimbing dan seterusnya diusahakan membuat trek/laluan dan mula dibuka pada 25 Disember 2009. Dari sejak tahun tersebut Tasik Sarubing mendapat perhatian orang ramai dan telah dibuka pada orang ramai dalam acara Pesta Pancing air tawar.

Tasik Sarubing telah diresmikan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awg Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Hj.Awg.Othman , Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 09 Safar 1432 bersamaan14 Januari 2011 dan menjadi
"TAMAN RIADAH TASIK SARUBING"

PENGENALAN
}Taman Riadah Tasik Sarubing
}Terletak berhadapan klinik Kampong Belimbing & berhadapan dengan Jalan Utama
}Keluasan – 15 ekar
}Jarak laluan jogging 450 meter
 makluman :
}Trek laluan jogging diantara Taman Rekerasi Bukit Markucing dan Taman Riadah Tasik Sarubing telah pun disatukan dengan kejauhan 4.7km (pergi / balik)
}Trek laluan jogging ini juga telah pun ditambusi daripada Taman Riadah Tasik Sarubing hingga menuju ke Taman Tasek Lama Bandar Seri Begawan dengan kejahuan kurang lebih 8km - 9km
KENANGAN-KENANGAN BAGI PENDUDUK KAMPONG BELIMBING

BERGAMBAR RAMAI BERSAMA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SERTA KERABAT DIRAJA DENGAN PENAJA SKIM GALAKAN PELAJAR DAN A.J.K MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING

MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALIAIHI WASALLAM DI TAMAN OMAR' ALI SAIFUDDIEN



MAJLIS RAMAH MESRA DAN JUNJUNG ZIARAH BERSAMA RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-62


PESEMBAH DARIPADA PENDUDUK KAMPONG SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
E-62 TAHUN

KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR' ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
KE KAMPONG BELIMBING MUKIM KOTA BATU
PADA : 26 NOVEMBER 1985




SURAU BALAI IBADAT KAMPONG BELIMBING TAHUN 1985


KEDAI RUNCIT KAMPONG BELIMBING TAHUN 1985

KEBERANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH KE KAMPONG BELIMBING
PADA : 12hb Febuari 2005


DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH ,BERGAMBAR RAMAI DENGAN AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING



PENDUDUK KAMPONG BELIMBING JUNJUNG ZIARAH DENGAN DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH





KEBERANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH KE KELINIK KESIHATAN, KAMPONG BELIMBING





PERESMIAN TAMAN REKERASI BUKIT MARKUCING KAMPONG BELIMBING OLEH YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO PADUKA HAJI AWANG ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI AWANG MOHD YUSSOF, MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI PADA : 09hb APRIL 2006





ROMBONGAN MENTERI, TIMBALAN MENTERI ,SETIAUSAHA-SETIAUSAHA TETAP DAN TIMBALAN SETIAUSAHA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI SERTA KETUA-KETUA JABATAN DIBAWAHNYA BERAMAH MESRA BERHARI RAYA KE RUMAH KETUA KAMPONG BELIMBING
PADA : 15 OKTOBER 2007


AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING BERGAMBAR RAMAI DENGAN ROMBONGAN MENTERI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI







ROMBONGAN ISTERI MENTERI, ISTERI TIMBALAN MENTERI, ISTERI SETIAUSAHA-SETIAUSAHA TETAP, ISTERI TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP, ISTERI KETUA-KETUA JABATAN DIBAWAH KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM SERTA ISTERI KETUA-KETUA KAMPUNG EMPAT DAERAH MENGADAKAN BERAMAH MESRA HARI RAYA KE RUMAH KETUA KAMPONG BELIMBING 2007


Di antara juri penghakiman bahagian Jawatankuasa penilai








LAWATAN KERJA PENGHULU DAN KETUA-KETUA KAMPUNG MUKIM KOTA BATU KE KAMPONG BELIMBING




15 KAMPUNG BENTANG SENARAI AKTIVITI BAGI "ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG"

KAMPONG BELIMBING JUGA SALAH SEBUAH KAMPUNG YANG IKUT SERTA BAGI ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG
09/10/2008


Dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Brunei Muara, Dato Paduka Haji Md Yussof Bakar dan turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah Brunei Muara, Awang Haji Haris Othman



Ketua Kampong Belimbing serta beberapa ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Belimbing hadir bagi membentangkan aktiviti M.P.K.B. dihadapan Pengerusi dan para juri penghakiman A.K.C