LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Monday 28 September 2015

MAJLIS IBADAH QURBAN DAN AQIQAH 2015 kali ke-11


Alhamdulillah pada Ahad 27.09.2015 Majlis Perundingan Kampong Belimbing telah mengadakan Majlis Ibadah Qurban dan Aqiqah bagi penduduk Kampong Belimbing. 

Majlis Ibadah Qurban dan Aqiqah bagi Kampong Belimbing kali ke-11 seramai 49 orang peserta (7 Ekor Kerbau) iaitu seramai 39 orang mengikut Ibadah Qurban dan 10 orang ikut Aqiqah.

Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Awg Sunardi bin Haji Buntar Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Juga Turut Hadir Yang Mulia Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abd Wahab Penasihat Majlis Perundingan Kampong Belimbing, Pennghulu Mukim Kota Batu, Ketua-Ketua Kampong dimukim Kota Batu, para peserta yang mengikuti majlis ini serta penduduk kampong.

Tetamu Kehormat telah menyampaikan daging-daging ini kepada 10 orang anak yatim dan 8 orang fakir miskin di kampong Belimbing.












No comments: