LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Monday 25 June 2012

CABARAN LARIAN BUKIT MARKUCING SEMPENA 
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 2012
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun - Cabaran Larian Bukit Markucing Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kini memasuki tahun keempatnya tahun ini dengan catatan jumlah penyertaan tertinggi iaitu mencapai 270 orang peserta, sejak penganjuran kali pertamanya oleh Majlis Perundingan Kampung Belimbing pada 2009.

Masih mengekalkan 11 kategori seperti tahun lalu, namun perbezaan ketara Cabaran Larian itu kali ini berbanding tahun-tahun sudah ialah tempat berlepas dan berakhirnya larian kini di kawasan letak kereta Taman Riadah Tasik Sarubing.

Dengan perpindahan tempat berlepas dan tamat larian itu, jarak larian bagi para peserta dalam Kategori B, C, D, F, H, I dan K telah bertambah kepada 4.7 kilometer, sementara bagi Kategori A, E, G dan J pula sejauh 3 kilometer.

Kategori A (Lelaki Bawah Umur 12 Tahun) dijuarai Muhd Rizauddin Sukarmie Rizal, manakala Kategori B (Lelaki 13-25 Tahun) dijuarai Azman Amir, sementara Mastani Mohd Yussop menjuarai Kategori C (Lelaki 26-39 Tahun).
Muncul juara Kategori D (Lelaki 40-55 Tahun) ialah Abdul Ramian Maaruf, manakala Haji Osli Haji Md Nor menjuarai Kategori E (Lelaki 56 Tahun Ke Atas), dan Sefli Ahar pula muncul johan Kategori F (Lelaki Terbuka).

Dalam Kategori G (Perempuan Bawah Umur 12 Tahun), Siti Nur Razlina Syazlini Rizal telah menjuarainya, manakala Kategori H (Perempuan 13-25 Tahun) telah dijuarai Akbar Azemah, Menjuarai Kategori I (Perempuan 26-39) Tahun ialah Linda Ali, manakala Noorizah Haji Md Kasim menjuarai Kategori J (Perempuan 40 Tahun Ke Atas), sementara Jenny Tan muncul juara Kategori K (Perempuan Terbuka).

Apa yang menarik perhatian Media Permata dalam keputusan Cabaran Larian berkenaan tahun ini adalah kejayaan empat orang adik-beradik mencatatkan kemenangan dalam kategori masing-masing iaitu Muhd Rizauddin Sukarmie Rizal (Juara Kategori A), Siti Nur Razlina Syazlini Rizal (Juara Kategori G), Siti Nur Razwina Syazwini Rizal (Naib Juara Kategori G) dan kakak mereka bertiga, Siti Nur Raihana Syazwani Rizal (Ketiga Kategori H).

Berkenan menyertai sama Cabaran Larian berkenaan dalam Kategori C ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mumin Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

Menyempurnakan penyampaian hadiah kepada lima pelari terbaik dalam setiap Kategori A, B, C, D, E, F, G, H dan I ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Jamain Momin.

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Negara / Ketua Kampung Belimbing, Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Mohd Daud Karim selaku Pengerusi Majlis Cabaran Larian Bukit Markucing diadakan bagi memperkenalkan Bukit Markucing kepada semua lapisan masyarakat di Negara ini.

Selain itu ia juga bagi menggalakkan masyarakat dan orang ramai bergiat aktif dalam sukan/riadah khususnya mendaki bukit untuk melatih daya tahan dari segi kecergasan mental dan fizikal serta mengamalkan cara hidup yang sihat sejahtera, dan memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan negara ini.
 
juga turut berangkat dan menyertai Cabaran Larian ini 
Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mumin Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

TETAMU KEHORMAT MAJLIS 
YANG MULIA HAJI JAMAIN BIN MOMIN
PEMANGKU TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI


 Jawatankuasa bagi pendaftaran Cabaran Larian Bukit Markucing


Jawatankuasa Check Point bersedia untuk bertugas
 
Diantara peserta-peserta yang ikut serta

Tetamu Kehormat melepaskan peserta ke 11 kategori

YANG AMAT MULIA PENGIRAN MUDA MUMIN
MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA
WARGA EMAS YANG TERTUA MENYERTAI LARIAN INI



TETAMU KEHORMAT MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG







YANG BEHORMAT HAJI GAPOR BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELMBING
MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA TETAMU KEHORMAT MAJLIS


No comments: