LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Tuesday 2 August 2016

Selasa 02 Ogos 2016 : Majlis Perundingan Kampong Belimbing telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri buat kali ke-3 bagi Tahun 2016.
Tetamu Kehormat Majlis Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin haji Apong serta Datin, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Juga Turut Hadir Yang Berhormat Awg Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara SelakuPengerusi Majlis dan Ketua Kampong Belimbing, Yang Mulia Awang Haji Mohd Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam dan Isteri, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Haji Idris bin Haji Ali dan Isteri, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ewal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang haji Merzukie bin Haji Mohsin dan Isteri, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abd Wahab dan Pengiran Datin, Penasihat Majlis Perundingan Kampong Belimbing, Yang Mulia Awg Haji Meslie bin Haji Abd Karim, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Penghulu mukim, Ketua-Ketua Kampong di Mukim Kota Batu dan Penduduk Kampong Belimbing dan Kampong Subok.
Tahun ini sambutan hari raya dengan tema Berdudun berhari raya bersama penduduk Kampong











No comments: