LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Monday 25 August 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KG BELIMBING 25.08.2014

Isnin 25 Ogos 2014 : 

Majlis Perundingan Kampong Belimbing telah mengadakan "SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA WARGA EMAS SERTA DOA KESYUKURAN ANUGERAH KAMPONG CEMERLANG KAMPONG BELIMBING". Seramai 17 orang warga emas Kampong Belimbing yang berumur 75 Tahun keatas menerima sumbangan hadiah yang disempurnakan oleh Yang Mulia Awg Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara selaku tetamu kehormat majlis. Majlis didahului bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Syukuran yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Awg Muhammad bin Ali, Jawatankuasa Biro Belia dan Sukan. Ucapan alu-aluan pengerusi Majlis Yang Berhormat Awg Haji Gapor @ Haji Md Daud bin karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Ketua Kampong Belimbing. Majlis ini adalah projek Tahunan yang dianjurkan Majlis Perundingan Kampong Belimbing. antara tujuan majlis : 1) Bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri di Kampong Belimbing. 2) untuk memberi peluang kepada penduduk Kampong bertemu, berkumpul dan beramah mesra sesama mereka serta saling bermaaf-maafan antara satu dengan lain terutama kepada warga emas sempena Hari Raya Aidilfitri. 3) mengeratkan lagi jalinan kejiranan, persaudaraan, kekeluargaan dan kemesyaraktan antara warga Kampong Belimbing. 4) Mencetuskan suasana harmoni, berkerjasama dan bergotong-royung dikalangan penduduk Kampong kehidupan bermesyaraktan dalam menjayakan acara-acara yang dianjurkan di Kampong Belimbing. acara ini diselajurkan dengan tetamu kehormat dibawa berdudun berhari raya dari satu pondok ke satu pondok mengikut 7 zone bagi penduduk kampong belimbing. acara ini juga diteruskan dengan cabutan numbur bertuah bagi mereka yang hadir dan penyampaian hadiah bagi pondok yang indah dan telah dimenangi oleh pondok zone 'C' johan, naib johan zone 'G' dan tempat ke-tiga zone 'A'. Antara yang hadir termasuklan Yang Berhormat Awg Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Ketua Kampong Belimbing, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Mentri selaku Penasihat Majlis Perundingan Kampong Belimbing, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abd Wahab Penasihat Majlis Perundingan Kampong Belimmbing, Yang Mulia Awg Naim bin Haji Kamis, Penghulu Mukim Kota Batu, Ketua-Ketua Kampong dimukim Kota Batu serta Penduduk Kampong Belimbing














No comments: