LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Sunday 5 June 2016

Ahad 05 Jun 2016 :
Majlis Perundingan Kampong Belimbing telah mengadakan Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam (Kubur Nuri) Kampong Belimbing. Majlis telah diketuai oleh Yang Berhormat Awg Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampong Belimbing. Majlis ini diadakan adalah salah satu projek tahunan Majlis Perundingan Kampong Belimbing sempena menjalang bulan Ramadhan yang akan datang. Seramai 300 orang penduduk Kampong Belimbing hadir berbagai peringkat umur kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga emas turut sama-sama hadir bagi membuat kerja amal bergotong-royong ini. Majlis ini diakhiri dengan majlis Tahlil dan Doa Arwah yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampong Belimbing Yang Mulia Ustaz Haji Abdullah bin Lakim











No comments: