KHAMIS, 30 OKTOBER 2014 -
Majlis Perundingan Mukim Kota Batu dengan Kerjasama Takmir Masjid Kampong Belimbing telah mengadakan Majlis Ceramah sempena sambutan Awal Tahun Hijrah 1436H telah berlangsung di Masjid Kampong Belimbing.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis tersebut ialah Yang Mulia Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
Majlis dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardu Magrib berjemaah. Sebelum ceramah dimulakan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Yang Mulia Imam Awg Nurijal bin Judin, Imam Masjid Kampong Belimbing dan dikiuti ceramah khas telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr Ustaz Haji Mohd Adi Zaky bin Haji Matassim, Kounselor Pusat Da'awah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir dalam majlis ini Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Awg Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Awang Haji Zainal, Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim selaku Ketua Kampong Belimbing, Yang Mulia Awg Naim bin Haji Khamis, Penghulu Mukim Kota Batu dan selaku pengerusi majlis, Ketua-Ketua Kampong di Mukim Kota Batu serta ahli-ahli Jawatankuasa Mukim dan Kampong diMukim Kota Batu dan jemaah masjid Kampong Belimbing. Acara ini diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah.
No comments:
Post a Comment