LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Saturday 7 November 2015

Hari ini Sabtu 07.11.2015 
Majlis Perundingan Kampong Belimbing telah menerima kehadiran daripada wakil Guru-guru Sekolah Menengah Sayyidina Husain dan Wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan bagi membincangkan acaran yang akan berlangsung pada Isnin 23 November 2015 iaitu " AKTIVITI KEPIMPINAN (MENJELAJAHI HUTAN) 2015" Insya-Allah akan berlangsung di Taman Riadah Tasik Sarubing dan Taman Rekerasi Bukit Markucing Kampong Belimbing.
Acara dimulakan dengan kata Alu-aluan daripada Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Ketua Kampong Belimbing dan acara berlangsung di Taman Riadah Tasik Sarubing, Kampong Belimbing










No comments: