LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Monday 6 October 2014

6 OKTOBER 2014. Majlis Ibadah Qurban & Aqiqah Kali ke-10 bagi tahun 2014

Isnin 06 Oktober 2014 : 

Majlis Perundingan Kampong Belimbing telah mengadakan Majlis Ibadah Qurban dan Aqiqah kali ke-10 pada tahun ini. sebanyak 9 ekor kerbau pada tahun ini. Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Awg Misle bin Haji Abd Karim, Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara. Tetamu kehormat majlis telah menyampaikan Pengagihan daging Qurban dan Aqiqah kepada 9 orang anak yatim dan 9 orang fakir miskin di kampong Belimbing. Pada tahun ni seramai 35 orang ikut serta bagi Ibadah Qurban dan 28 orang ikut Aqiqah. Bagi Pengagihan daging-daging tersebut kepada 63 orang telah pun disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, Penasihat Majlis Perundingan Kampong Belimbing, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abd Wahab, Penasihat Majlis Perundingan Kampong Belimbing. Juga Turut hadir pada majlis ini Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Selaku ketua Kampong Belimbing, Yang mulia Awg Naim bin Haji Kamis, Penghulu Mukim Kota Batu, Ketua-Ketua Kampong dimukim Kota Batu serta penduduk Kampong Belimbing.














No comments: