LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Monday 27 April 2015

LAWATAN DARIPADA PENGAKAP NBD

AHAD 26 APRIL 2015 Majlis Perundingan Kampong Belimbing hari ini menerima rombongan lawatan seramai 20 orang daripada Persatuan Pengakap Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap untuk mengenali lebih dekat lagi akan hasil Produk Kampong Belimbing.


Rombongan disambut dan dialu-alukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Ketua Kampong Belimbing. Juga turut hadir mengalu-alukan kehadiran Isteri Yang Berhormat, setiausaha Majlis Perundingan Kampong Belimbing Yang Mulia Awg Daud bin Jihan dah ahli-ahli Jawatankuasa tertinggi Majlis Perundingan Kampong Belimbing. Rombongan kemudian dibawa melawat mengenalkan lagi akan hasil 1 Kampung 1 Produk di kampong Belimbing iaitu "HIKING VILLAGE"
Rombongan dibawa meliat mini Zoo yang terdapat di kampong belimbing dan di ikuti terus melihat pembuat Gasing.



Rombongan kemudian dibawa semula ke Taman Riadah Tasik Sarubing bagi melihat kraftangan anyaman dan seterusnya mengenalkan kepada rombongan tentang Taman Riadah Tasik Sarubing dan Taman Rekerasi Bukit Markucing.



Seterusnya rombongan dibawa melihat Gallery Taman Riadah Tasik Sarubing dan taklimat mengenani kampong Belimbing telah disampaikan oleh daripada Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Ketua Kampong Belimbing. Sebelum mengakhiri lawatan ucapan kata alu-aluan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap NBD dan seterusnya kedua-dua pihak telah menyampaikan Cenderahati kenangan.











No comments: