LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Sunday 19 October 2014

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 ORG SEPASUKAN M.P.K.B. 19 OKTOBER 2014

Ahad 19hb Oktober 2014 :

 Majlis Perundingan Kampong Belimbing telah mengadakan projek tahunan bagi acara Kejohanan Bola Sepak 9 Orang Sepasukan bagi penduduk-penduduk Kampong Belimbing dan Kampong Subok. Sebanyak 6 buah pasukan telah ikut serta dan sebanyak 17 perlawanan telah berlangsung kelamarin. Pasukan Musang King telah menjuarai kejohanan ini dan juga menjadi Juara Liga. pasukan Gaps Fc telah menjadi Naib Juara , tempat ke-tiga pasukan Seri Belayan fc dan tempat ke-empat dari pasukan Belimbing 'D' Mantap. Bagi pemain tebaik telah disandang oleh Awg Md Haswandi bin Md Hajiman daripada pasukan Belimbing 'D' Mantap, Penjaga Gawang Terbaik Awg Md Haziq bin Wahid dari pasukan Musang King dan bagi Penjaring Terbanyak Awg Muhammad Jasni bin Haji Apong daripada pasukan Gaps Fc. Kesemua hadiah-hadiah telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Awg Naim bin Haji Kamis Penghulu Mukim Kota Batu. Juga turut hadir Yang Berhormat Awg Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampong Belimbing dan Pengerusi Kejohanan

















No comments: