LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Sunday 1 August 2010

MAJLIS DOA ARWAH SEKAMPUNG BAGI PENDUDUK KAMPONG BELIMBING
Ahad 01hb Ogos 2010

Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Belimbing telah mengadakan Majlis Doa Arwah Sekampung dan Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim,serta Pengagihan Buah Kurma kurnia Peribadi Kebawah Dulia Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada penduduk-penduduk Kampong Belimbing bagi tahun 1431H / 2010M, tetamu kehormat Yang Mulia Awangku Kamal Ariffin bin Pg Hj Md Yassin,Pegawai Tugas-Tugas Khas Jabatan Daerah Brunei dan Muara, turut hadir Penasihat-Penasihat Majlis Perundingan Kampong Belimbing,Yang Mulia Dato Paduka Hj.Mohd.Alimin bin Hj.Abd.Wahab,Yang Mulia Awang Hj.Mohd.Roselan bin Hj.Mohd.Daud dan Penduduk-penduduk Kampung,bertempat di Masjid Kampong Belimbing,Jalan Subok Negara Brunei Darussalam.

Tetamu Kehormat Majlis
Yang Mulia AK Kamal Ariffin Bin Pg Hj Md Yassin
Pegawai Tugas-Tugas Khas
Jabatan Daerah Brunei & Muara
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Negara Brunei Darussalam
Tetamu Kehormat Majlis
Menyempaikan untuk derma anak yatim
Tetamu Kehormat Majlis
Menyerahkan Buah Kurma Kepada Ketua-Ketua Zon
di Kampong Belimbing

Bacaan Tahlil dan Doa Arwah diketuai oleh
Yang Mulia Imam Awg Norijal Bin Judin
Imam Masjid Kampong Belimbing







Diantara Warga Kampong dan Ahli Jawatankuasa Hadir
Pengerusi Majlis Menyampaikan Cendermata
Kepada Tetamu Kehormat

Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Belimbing bahagian Biro Belia & Sukan serta Biro Wanita Bertugas Menyediakan untuk Mengagihan Buah Kurma Kepada Penduduk Kampong Mengikut Zon Masing-masing



Diantara Ahli Jawatankuasa Biro Wanita sedang
menyediakan Buah Kurma untuk diagih-agihkan


No comments: