LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Monday 23 March 2015

Rombongan UNISSA

AHAD 22 mac 2015 Majlis Perundingan Kampong Belimbing hari ini menerima rombongan lawatan seramai 10 orang daripada Penuntut Universiti Islam Sultan Sharif Ali bahagian Kumpulan Belimbing Unissa dari Fakulti Perniagaan & Pengurusan Sains Tahun 1 dengan projek MIB "Program Menyusuri Kampung"
Rombongan disambut dan dialu-alukan oleh Yang Berhormat Awg Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Ketua Kampong Belimbing. 

Rombongan kemudian dibawa oleh Jawatankuasa Biro Belia dan Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Belimbing yang diketuai oleh Yang Mulia Awg Yusrey bin Haji Md Daud Ketua Biro Belia dan Sukan Majlis Perundingan Kampong Belimbing bagi mengenali 1 Kampung 1 Produk di kampong Belimbing iaitu "HIKING VILLAGE" dan kemudian para penuntut dibawa terus untuk mendaki Taman Rekerasi Bukit Markucing, dikuti terus menuju ke Taman Riadah Tasik Sarubing. Para rombongan juga meneruskan menyaksikan lagi produk iaitu pembuatan kraftangan (anyaman)

Seterusnya taklimat mengenani kampong Belmbing telah disampaikan oleh daripada Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Ketua Kampong Belimbing dan daripada Setiausaha Majlis Perundingan Kampong Belimbing Awang Daud bin Jihan. Rombongan juga menunaikan solat Fardu Zuhur berjemaah di Surau Taman Riadah Tasik Sarubing, Kampong Belimbing
Akhir sekali rombongan dibawa untuk menyaksikan salahsatu lagi produk kampong Belimbing iaitu Pembuatan Gasing dan telah disampaikan oleh Yang Mulia Awg Haji Rashid bin Aji








No comments: