MAJLIS DOA ARWAH SEKAMPUNG,
TAHLIL DAN DERMA ANAK-ANAK YATIM
PADA 22 JUN 2014
DIMASJID KAMPONG BELIMBING JALAN SUBOK
Ahad 22 Jun 2014 : Majlis Perundingan Kampong Belimbing mengadakan Majlis Doa Arwah Sekampung dan Majlis Penyampaian Derma untuk Anak Yatim Kampong Belimbing di Masjid Kampong Belimbing Subok. Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Awang Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Pmk Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam. Acara dimulakan dengan menunai sembahyang Fardu Zuhur berjemaah, dikuti ucapan pengerusi acara Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ahli Mesyuarat Negara dan selaku ketua Kampong Belimbing, Majlis Tahlil dimulakan oleh Pegawai Imam Masjid Kampong Belimbing dan Penyampaian Derma kepada 9 Orang Anak Yatim Kampong Belimbing.
No comments:
Post a Comment