Ahad 20.03.2016 :
Satu lagi acara progrem Talk yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah iaitu " CLIMATE CHANGE TALK " yang disampaikan oleh Tuan Ahmad Akbal, Head of Disaster Management & Climate Change daripada Persatuan Bulan Sabit Merah.
Juga turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampong Belimbing Yang Mulia Ustaz Haji Abdullah bin Lakim, Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Belimbing, Para Belia Kampong dan para peserta daripada Persatuan Bulan Sabit Merah.
Acara diteruskan dengan penyerahan bangku (kerusi) untuk kegunaan para pengunjung di Taman Riadah Tasik Sarubing yang dibuat oleh ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah. Acara penyerahan telah ditrerima oleh wakil Majlis Perundingan Kampong Belimbing Yang Mulia Ustaz Haji Abdullah bin Lakim selaku Timbalan Pengerusi M.P.K.B.
acara seterusnya Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Belimbing membuat pemeriksaan kepada semua kawasan perkhemehan peserta Persatuan Bulan Sabit Merah bagi memestikan keselesaan dan keselamata para peserta yangmana perkhemahan ini akan bermula esok Isnin 21.03.2016 sehingga Khamis 24.03.2016
No comments:
Post a Comment