LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Monday 6 July 2015

Mesyuarat antara Jawatankuasa Tertinggi bersama Ketua-ketua Zon


Ahad 05 Julai 2015 bersamaan 18 Ramadhan 1436H

Pada hari ni mesyuarat telah dijalankan diantara Jawatankuasa Tertinggi bersama ahli-ahlinya dengan Ketua-Ketua Zon Majlis Perundingan Kamong Belimbing bagi sama-sama berbincang dan membuat persiapan untuk mengadakan dua acara yang akan berlangsung iaitu :

1) MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI bagi Penduduk Kampong Belimbing.
Pada : 08 Ogos 2015
Hari : Sabtu
Jam : 08:00 Malam
Bertempat : Di Taman Riadah Tasik Sarubing, Kampong Belimbing.

2) MAJLIS HARI RAYA AIDILADHA, IBADAH QURBAN DAN AQIQAH KALI KE-11 Anjuran Majlis Perundingan Kampong Belimbing.
Pada : Insya-Allah 27 September 2015
Hari : Ahad 
Jam : 08:00 Pagi
Bertempat : Di Taman Riadah Tasik Sarubing, Kampong Belimbing. 

perbincangan / mesyuarat ini telah diketuai oleh Yang Berhormat Awg haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampong Belimbing. Ini adalah maklluman awal bagi penduduk Kampong Belimbing dan sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.








No comments: