LAWATAN PMK PEGAWAI DAERAH BRUNEI & MUARA
KETAPAK PEMBINAAN SURAU SARUBING
DI TAMAN RIADAH TASIK SARUBING
PADA 22 JUN 2014
AHAD 22 Jun 2014 : Alhamdulillah sebaik saja selasai Majlis Doa Arwah Sekampung tadi yang mana Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Awang Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Pmk Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam berkesempatan membuat lawatan ke Taman Riadah Tasik Sarubing Kampong Belimbing bagi melihat projek pembinaan Surau Tasik Sarubing, Insya-Allah tidak lama lagi Taman Riadah Tasik Sarubing akan mempunyai surau bagi kemudahan orang ramai untuk menunaikan solat waktu semasa berkunjung ke Taman Riadah Tasik Sarubing nanti. Kami bagi pihak Majlis Perundingan Kampong Belimbing dan penduduk Kampong Belimbing mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat bagi membina Surau Tasik Sarubing.
No comments:
Post a Comment