LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Sunday 14 June 2015

MAJLIS DOA ARWAH SEKAMPUNG BAGI KG BELIMBING & KG SUBOK


Ahad 14 Jun 2015

Majlis Doa Arwah Sekampung bagi penduduk-penduduk Kampong Belimbing dan Kampong Subok Anjuran Gabungan Kerjasama diantara Majlis Perundingan Kampong Belimbing dan Majlis Kampong Subok yang telah diadakan pada Ahad 14 Jun 2015.

Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Dr Awang Haji Abd Manap bin Haji Metussin & Datin Paduka, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Selaku pengerusi bersama Yang Berhormat Awg haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampong Belimbing dan Yang Mulia Awg Haji Jais bin Haji Salleh Ketua Kampong Subok. Juga turut Hadir Yang Mulia Dato Paduka Haji Md Roselan bin Haji Md Daud Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abd Wahab, Yang Mulia PMK Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Yang Mulia Awg Naim bin Haji Kamis Penghulu Mukim Kota Batu, Ketua-Ketua Kampong di Mukim Kota Batu, Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Belimbing dan Kampong Subok dan Penduduk Kampong Belimbing dan Kampong Subok.

Acara ini dimulakan dengan bacaan Surah AL-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Imam Awg Nurijal bin Judin Imam Masjid Kampong Belimbing dan dikuti dengan Bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

Acara diteruskan dengan Ucapan Pengerusi bersama Yang Berhormat Awg haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampong Belimbing. 

Tetamu Kehormat Majlis telah menyampaikan Derma Anak Yatim seramai 10 orang dari Kampong Belimbing dan 12 Orang dari Kampong Subok. juga diteruskan pengagiahan Buah Kurma Kurnia Peribadi KDYMM kepada ketua-ketua zon di Kampong Subok.

Diakhir acara bacaan Doa Penutup dan Pengagihan Buah Kurma Kurnia Peribadi KDYMM kepada Penduduk-penduduk Kampong Belimbing yang berugama Islam.











No comments: