LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Thursday 17 December 2015

Alhamdulillah hari ini Khamis 17.12.2015
Majlis Perundingan Kampong Belimbing Melalui Ahli Jawatankuasa Biro Wanita dengan gabungan Biro Ugama dan Biro Pendidikan Majlis Perundingan Kampong Belimbing telah mengadakan Bengkel Tausyekh selama 3 hari yang bermula 15-17 Disember 2015 bagi anak-anak kampong Belimbing seramai 26 orang peserta sempena cuti persekolahan.
Tetamu Kehormat Majlis Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Ketua Kampong Belimbing dan Isteri.
Acara dimulakan dengan Surah Al-Fatihah dan doa Selamat oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Nordin bin Haji Durahman dan dikuti kata alu-aluan oleh Pengerusi acara selaku Ketua Biro Wanita Yang Mulia Ustazah Dyg Sarinah binti Kassim @ Ibrahim.
seterusnya acara diteruskan dengan persembahan Tausyekh oleh peserta-peserta bengkel dan diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada peserta bengkel oleh Tetamu Kehormat dan seterusnya penutupan bengkel selama 3 hari yang bermula 15-17 Disember 2015
Juga turut hadir Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Perundingan Kampong Belimbing dan acara ini berlangsung di Taman Riadah Tasik Sarubing, Kampong Belimbing












No comments: