LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Monday 13 January 2014


KAMPONG BELIMBING MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA 
MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG PUTAT
PADA : AHAD 06.10.2013

AHAD, 06.10.2013 Kampong Belimbing telah menerima kunjungan lawatan daripada Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Putat serta BIro Wanita. Rombongan tersebut telah diketuai oleh YANG BERHORMAT Haji Jumat bin Akim Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Selaku Ketua Kampong Putat

Rombongan telah disambut oleh Ketua Kampong Belimbing YANG BERHORMAT Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim bersama-sama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Perundingan Kampong Belimbing juga turut Hadir bagi sama-sama menyambut kedatangan rombongan ialah Yang Mulia Awg Naim bin Haji Kamis Penghulu Mukim Kota Batu

Rombongan seterusnya diberikan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Kampong Belimbing. rombongan seterusnya dibawa melawat ke tempat-tempat untuk menyaksikan hasil-hasil produk Majlis Perudingan Kampong Belimbing seperti pembuatan gasing, pemiliharahan burung puyu, kraftangan anyaman dan Hiking village. 

Lawatan terakhir rombongan ialah bergambar ramai di Taman Riadah Tasik Sarubing Kampong Belimbing sambil menyaksikan beberapa pameran, persembahan kebudayaan dan menyaksikan hasil Taman Riadah Tasik Sarubing (Hiking Village)



















No comments: