SOLAT FARDU ZUHOR DAN MEMBACA SURAH YASSIN,
TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN
15.07.2013
Majlis menunaikan Solat Fardu Zuhor Berjemaah, Membaca Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran pada Hari Isnin 15 Julai 2013 sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 67 Tahun. Kita mendoakan semoga Allah Ta'ala melanjutkan usia Baginda dalam keadaan sihat walafiat dan bahagia sejahtera bersama Kerabat Diraja Baginda serta Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam dan Baginda kekal qarar memerintah kerajaan negara Brunei Darussalam. Amin Ya Rabbal Alamin. Juga turut hadir Yang Mulia Penghulu Mukim Kota Batu Awg Naim bin Haji Khamis, Yang Mulia Ketua Kg Subok Awg Haji Jais bin Haji Md Salleh. acara telah diketuai oleh Ketua Imam Majid Kg Belimbing Yang Mulia AK Asmali bin Pg Haji Ismail.
No comments:
Post a Comment