LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Sunday 13 March 2016

 Ahad 13.03.2016 
seramai 6 orang penuntut daripada UNISSA membuat Lawatan sambil Berlajar serta untuk mengenali (KNK) 1 Kampung 1 Produk yang terdapat di Kampong Belimbing.
Kehadiran penuntut telah disambut oleh wakil Majlis Perundingan Kampong Belimbing Yang Mulia Yusrey bin Haji Md Daud selaku Ketua Biro Belia dan Sukan MPKB.
Acara bermula jam 07:30 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh wakil MPKB dan seterusnya mereka dibawa mendaki Taman Rekerasi BUkit Markucing sejauh 3.7km dengan diringi oleh Biro Belia dan Biro Wanita MPKB.
Lawatan diteruskan ke MINI ZOO kepunyaan Yang Mulia Awg Haji Amdan bin Haji Ghani. sebaik sahaja selasai lawatan tersebut penuntut meneruskan lagi lawatan bahagian PEMBUATAN PEMARANG kepunyaan Yang Mulia Awg Haji Omar bin Haji Daud. seterusnya penuntut dibawa melihat anyaman yang dibuat oleh Yang Mulia Dyg Salat binti Haji Tengah.
Sebelum mengakhiri lawatan penuntut dibawa oleh Yang Mulia Yusrey bin Haji Md Daud mengeani Taman Riadah Tasik Sarubing dan diteruskan dengan taklimat mengeani 1K1P dan Majlis Perundingan Kampong Belimbing. Lawatan berakhir pada jam 04:15 petang.
















No comments: