LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Monday 13 January 2014


MAJLIS IBADAH QURBAN & AQIQAH 
KALI KE-8 BAGI TAHUN 2013
PADA : 18.10.2013

Sebanyak 7 ekor kerbau telah diqurbankan pada tahun ini iaitu 4 ekor bagi Qurban dan 3 ekor bagi Aqiqah. seramai 5 keluarga fakir miskin dan 9 orang anak-anak yatim menerima agiahan daging qurban tersebut dan selebihnya dibahagi-bahagikan kepada penduduk-penduduk kampong Belimbing. Pengagiahan daging qurban dan aqiqah disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awg Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam selaku tetamu kehormat.

Majlis ini adalah kali kelapan (8) yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampong Belimbing. acara in menjadi projek tahunan dan antara tujuannya - Mengajak, mendorong dan kemudahan penduduk Kampong Belimbinguntuk melakukan Ibadah Qurban dan Aqiqah serta memperoleh kelebihan dan ganjaran daripada Allah Subhanuahu Wa Ta'ala melaksanakan Ibadah ini.
- untuk memperingati kisah yang penuh hikmat pengqurban Nabi Ibrahim Alaihisalam bersama anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

antara yang hadir termasuklah Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampong Belimbing, Yang Mulia Penasihat Majlis Perundingan Kampong Belimbing, Yang Mulia Awg Naim bin Haji Kamis penghulu Mukim Kota Batu, ketua kampung di Mukim Kota Batu serta Penduduk Kampong Belimbing.


















No comments: