Khamis 04 Ogos 2016
Majlis Perundingan Kampong Belimbing hari ini menerima sumbangan daripada syarikat Low San Hardware berupa cheque, 4 tiang untuk sportlight kawasan letak kereta (4 penjuru) dan 3 berapa biji tong sampah untuk kegunaan di Taman Riadah Tasik Sarubing Kampong Belimbing.
Sumbangan ini adalah untuk kegunaanTaman Riadah Tasik Sarubing dan majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pengurus Syarikat Mr. Ong Tiong Oh kepada Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud Bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampong Belimbing. Juga turut hadir setiausaha Majlis Perundingan Kampong Belimbing Yang Mulia Awg Daud bin Jihan.
Majlis Perundingan Kampong Belimbing dan Penduduk Kampong Belimbing ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan kami sangat menghargai sumbangan tersebut daripada syarikat Low San Hardware.
No comments:
Post a Comment