31.12.2015
Alhamdulillah kelamarin daripada Syarikat Al-Taib Waterspot and recreational telah pun menyarahkan hasil sewa daripada penyewaan Water Cycling dan Kayak yang berada di Taman Riadah Tasik Sarubing selama 5 hari sempena Pesta Jualan, Pesta Pancing dan Hari Keluarga Kg Belimbing. Sebanyak 30% hasil penyewaan telah diserahkan kepada Tabung Majlis Perundingan Kampong Belimbing.
Majlis telah disempurnakan oleh pengurus Syarikat Al-Taib Waterspot Yang Mulia Awg Asri bin Md Taib dan diserahkan kepada Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Ketua Kampong Belimbing. Juga turut hadir Berapa Ahli Majlis Perundingan Kampong Belimbing
No comments:
Post a Comment