LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Monday 12 September 2016

Isnin 12.09.2016
Majlis Perundingan Kampong Belimbing sekali lagi mengadakan Majlis Ibadah Qurban dan Aqiqah bagi Penduduk Kampong Belimbing buat Kali Ke-12 bagi tahun 2016
Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, Timbalan Mentri Jabatan Perdana Mentri. Juga turut hadir Ketua Kampong Belimbing selaku Pengerusi Majlis, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abd Wahab Penasihat Majlis Perundingan Kampong Belimbing, Yang Mulia Penghulu Mukim Kota Batu Yang Mulia Awg Naim bin Haji Khamis, Yang Mulia Imam Masjid Kampong Belimbing serta penerima-penerima Khas, peserta Ibadah Qurban dan Aqiqah dan penduduk Kampong Belimbing.
Acara dimulakan dengan Doa yang disempurnakan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Nordin bin Haji Durahman. Majlis penyampaian daging-daging Qurban dan Aqiqah kepada 30 orang Penerima Khas dan 42 orang Peserta Majlis telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis.
Saya selaku wakil daripada Majlis Perundingan Kampong Belimbing ingin mengucapkan berbanyak-banyak Terima Kasih kepada Bahagian Urusetia, peserta Majlis ini serta penduduk Kampong Belimbing yang hadir sama-sama berganding bahu untuk menjayakan acara ini dengan sempurna dan teratur. Semoga Allah saja akan memberi balasan jasa baik abiskita didoakan semoga abiskita dikurniakan kesihatan serta panjang Umur dan diperluaskan Rezeki abiskita. Amin.... Amin.... Amin....












No comments: