LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Sunday 9 August 2015

Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri kali ke-2

Sabtu 08.08.2015 Majlis Sambutan Ramah Mesra Hari Raya AidilFitri telah berlangsung di Taman Riadah Tasik Sarubing Kampong Belimbing

Tetamu Kehormat Majlis Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Datin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Juga Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampong Belimbing dan Pengerusi Acara. Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Alimnin bin Haji Abd Wahab penasihat Majlis Perundingan Kampong Belimbing, Yang Mulia Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Pmk Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Penghulu Mukim Kota Batu, Ketua-Ketua Kampong di Mukim Kota Batu, Penduduk-Penduduk Kampong Belimbing dan Kampong Subok. 

Lebih kurang seramai 500 orang menghadiri acara ini dan saya mewakilkan daripada Ahli Jawatankuasa mengucapkan berbanyak-banyak Terima Kasih diucapkan kepada Penduduk-Penduduk kampong Belimbing dan Kampong Subok yang sama-sama mengungkayah serta menjayakan acara ini dengan baik dan teratur samaada cara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah akan membalas jasa baik dan membari ganjaran kepada abiskita semua.











No comments: