Isnin 01.06.2015 : CABARAN LARIAN BUKIT MARKUCING KALI KE-7 dan diselajurkan ACARA PERESMIAN TUGU MARCU TANDA KAMPONG BELIMBING (Buah Tampoi Belimbing) asal usul nama kampong Belimbing.
Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Awg Haji MUhammad Sunadi bin Haji Buntar, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. selaku pengerusi acara Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim Ketua kampong Belimbing. Juga Turut hadir PMK Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Penghulu Mukim Kota Batu Awg Naim bin Haji Khamis dan Ketua-Ketua Kampong diMukim Kota Batu.
Seramai 247 orang peserta telah ikut serta Cabaran Larian Bukit Markucing kali ke-7 yang telah dibahagikan kepada 11 Kategori.
Acara juga diteruskan penyampaian hadiah saguhati kepada 10 peserta yang berumur 60 Tahun keatas dan seramai 10 orang anak yatim Kampong Belimbing yang disampaikan oleh wakil Syarikat Malar Setia.
Terima Kasih jua diucapkan kepada Penaja SYARIKAT POKKA, MALAR SETIA, BRUNEI AMOUR DAN PENAJA TUGU MARCU TANDA KAMPONG BELIMBING
No comments:
Post a Comment