LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Friday 12 May 2017

Ahad : 12 Mei 2017
Kerja Gotong-Royong Membersihkan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Nuri Kampong Belimbing Bersama Ahli Pengawasan Kejiranan Kampong Belimbing Dibawah Jagaan Balai Polis Pusat BSB
Kehadiran acara ini Yang Mulia Asp 'Izzuddin Hanis Bin Haji Mohd Salleh, Yang Mulia Insp Hamdan Bin Mantul manakala bahagia FOCAL PONIT BSB
Cpl 4604 Hasnan bin Ali , W/L/Cpl 5147 Nor Lailawaty Binti Haji Abdullah serta Anggota-anggota Balai Polis Pusat.

Juga turut hadir bagi sama-sama menjayakan acara ini Yang Mulia Ketua Kampong Belimbing selaku Pengerusi PK Belimbing, Awang Haji Gapor @ Haji Md Daud Bin Karim , Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampong Belimbing, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampong Belimbing serta Belia Kampong Belimbing.
Acara dimulakan dengan bergotong royong membersihkan Kawasan Kubur Nuri Kg Belimbing dan diteruskan dengan majlis Bertahlil doa arwah yang diketuai oleh Insp. Hamdan bin Mantul Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Pusat BSB.
🔹Bergambar ramai dan penyampaian cenderamata penghargaan dari MPK kampong Belimbing yang disampaikan oleh ketua kampong Belimbing Selaku Pengerusi PK Belimbing.
Tujuan:
Bergotong royong ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara Pasukan Polis Diraja Brunei bersama Ahli Pengawasan Kejiranan, MPK dan juga Belia-belia. Selain itu dapat membuat masyarakat saling mengenal antara satu sama lain yang mana perkara ini juga mencerminkan kebersamaan yang tumbuh dalam lingkungan masyarakat. Acara bergotong royong ini juga bersempena bagi hampir menjelangnya bulan ramadan yang akan datang.⁠⁠⁠⁠







No comments: