LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Wednesday 22 October 2014

22.10.2014 MAJLIS PENYERAHAN KUNCI SURAU SARUBING

RABU, 22 OKTOBER 2014 - 

Satu majlis penyerahan Kunci Bangunan Surau Tasik Sarubing Kampong Belimbing telahpun mengambil tempat di Taman Riadah Tasik Sarubing, Kampong Belimbing.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyempurnakan majlis penyerahan tersebut ialah Yang Mulia Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Projek pembinaan adalah bagi menyediakan kemudahan penjaja dan para pengunjung Taman tersebut yang menelan belanja sebanyak BND$34,000.00 yang mula dilaksanakan pada 19 Jun 2014 dengan mengambil masa selama 3 bulan dan siap pada 24 September 2014. Diantara kemudahan yang disediakan adalah tempat berwudhu lelaki dan perempuan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Awang Ayub bin Ali, Ahli Biro Belia & Sukan Majlis Perundingan Kampong Belimbing. Seterusnya penyerahan mock key daripada wakil Pengurus Syarikat ILHAM AHIM Contractor kepada Tetamu Kehormat Majlis, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara dan seterusnya di serahkan kepada Ketua Kampong Belimbing, Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim. 5 unit kipas bagi kegunaan Surau Sarubing telah disumbangkan ikhlas oleh Syarikat M.A.L STAR Enterprise yang disampaikan oleh Pengurus Syarikat Yang Mulia Awg Sadeesh kepada Ketua Kampong Belimbing, Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim

Acara disudahi dengan bacaan doa selamat dan melawat surau, galeri dan Gerai Muafakat Sarubing Kampong Belimbing








No comments: