Alhamdulillah Hari ini Isnin 12.10.2015 Majlis Perundingan Kampong Belimbing telah menerima lawatan daripada kampung-Kampung Majlis Perundingan Daerah Belait.
Acara dimulakan dengan kata Alu-aluan daripada Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Ketua Kampong Belimbing, dan juga turut hadir Penghulu Mukim Kota Batu Awg Naim bin Haji Kamis
Acara seterusnya dengan bacaan surah Al-Fatiha yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Abdullah bin Lakim, Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampong Belimbing. Acara seterusnya taklimat yang disampaikan oleh Yang Berhormat dari bahagian Aspek Pengurusan dan Pentadbiran serta Aspek Pendidikan. Awg Daud bin Jihan selaku Setiausaha Majlis Perundingan Kampong Belimbing juga memberi taklimat mengeani Aspek Keselamatan dan Perekonomian dan akhir sekali Yang Mulia Awg Yusrey bin Haji Md Daud, Ketua Biro Belia dan Sukan Majlis Perundingan Kampong Belimbing juga menyampaikan taklimat mengeani Aspek Keugamaan, Kebajikan & Kemasyarakatan dan Aspek Kecerian dan Kebersihan serta dikuti sesi soal jawap
Sebelum rombongan mengakhiri lawatan semua rombongan telah dibawwa ke Taman Riadah Tasik Sarubing untuk menyaksikan pameran dan lebih mendekatkan lagi 1 Produk 1 Kampung (1K1P) yang ada di Kampong Belimbing dan rombong dibawa melawat Taman Riadah Tasik Sarubing.
Acara berlangsung di Rumah Ketua Kampong Belimbing dan di Taman Riadah Tasik Sarubing, Kampong Belimbing
Monday, 12 October 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment