LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Tuesday 11 November 2014

10 & 11 nov 2014 : KURSUS ASAS PERLADANGAN ORGANIK BRUNEI

SELASA 11 NOVEMBER 2014 : 

Kursus ini telah dijalankan selama 2 hari bermula 10 dan 11 November 2014 anjuran Jabatan Pertanian dan Agrimakanan yang berlangsung di Dewan Simpur, Pusat Urusniafa Hortikultur Rimba. Seramai 10 orang peserta daripada Majlis Perundingan Kampong Belimbing telah menyertai kursus ini. selama kursus ini dijalankan taklimat telah disampaikan oleh Puan Rosmawati binti Selamat, Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Perladangan Organik Brunei telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Aidah binti Haji Mohd Hanifah, Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan











No comments: