SABTU 11 APRIL 2015 Majlis Perundingan Kampong Belimbing hari ini menerima rombongan lawatan seramai 35 orang daripada guru-guru dan kakitangan Sekolah Arab Belait yang diketuai oleh pengetua sekolah Arab Belait untuk mengenali lebih dekat lagi akan hasil Produk Kampong Belimbing.
Rombongan disambut dan dialu-alukan oleh setiausaha Majlis Perundingan Kampong Belimbing Yang Mulia Awg Daud bin Jihan. Rombongan kemudian dibawa oleh Ketua Biro Belia dan Sukan Majlis Perundingan Kampong Belimbing oleh Yang Mulia Awg Yusrey bin Haji Md Daud bagi mengenalkan lagi akan hasil 1 Kampung 1 Produk di kampong Belimbing iaitu "HIKING VILLAGE"
Rombongan dibawa meliat mini Zoo yang terdapat di kampong belimbing dan di ikuti terus melihat pembuat Gasing.
Rombongan kemudian dibawa semula ke Taman Riadah Tasik Sarubing bagi melihat kraftangan anyaman dan seterusnya mengenalkan kepada rombongan tentang Taman Riadah Tasik Sarubing dan Taman Rekerasi Bukit Markucing.
Seterusnya rombongan dibawa melihat Gallery Taman Riadah Tasik Sarubing dan taklimat mengenani kampong Belimbing telah disampaikan oleh daripada Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Ketua Kampong Belimbing.
sebelum mengakhiri lawatan, kedua-dua pihak telah menyampaikan Cenderahati kenangan.
Sunday, 12 April 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment