LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Monday 22 September 2014

MAJLIS MERAIKAN KEJAYAAN QARI YANG MULIA AWG MUHAMMAD BIN ALI. 22 SEPT 2014

Alhamdulillah terlebih dahulu mewakilkan penduduk Kampong Belimbing mengucapkan Tahniah kepada salah seorang penduduk Kampong Belimbing iaitu Yang Mulia Awg Muhammad bin Ali telah berjaya mengharumkan Negara Brunei Darussalam di mata dunia antarabangsa apa bila berjaya menjadi Johan di Pertandingan berkenaan dalam kategori Tilawah Al-Quran Moscow, Rusia.

22 September 2014M– Isnin – Pada tahun ini merupakan tahun yang penuh bermakna bagi Yang Mulia Awang Mohammad bin Ali, Mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang merupakan peserta negara di Pertandingan Tilawah Al-Quran Antarabangsa Kali Ke-15 di Moscow, Rusia yang mana telah berjaya mengharumkan Negara Brunei Darussalam di mata dunia antarabangsa apa bila berjaya menjadi Johan di Pertandingan berkenaan dalam kategori Tilawah Al-Quran. Pertandingan berlangsung di Moscow, Rusia.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sa’ad Al-Ghamdi, Mufti Rusia setelah berjaya menewaskan peserta dari 17 buah negara lain dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Antarabangsa Kali Ke-15 di Moscow, Rusia.

Ini merupakan kali ke-2 Negara Brunei Darussalam menerima jemputan dari penganjur, yang mana kali pertama, negara telah menghantar peserta dalam Kategori Hafazan dan pada tahun ini (kali kedua) dalam Kategori Tilawah Al-Quran.

Hadir bagi mengalu-alukan kepulangan rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama ; Tuan Yang Terutama Victor A. Seleznev, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Russia ke Negara Brunei Darussalam dan Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, SetiausahaTetap Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sementara itu, majlis doa kesyukuran telah diadakan di rumah kediaman peserta qari negara di Kampong Belimbing.

Hadir sama di rumah kediaman peserta qari negara di Kampong Belimbing, ialah Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md.Daud Bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Ketua Kampong Belimbing.

Majlis diserikan dengan Dikir Marhaban oleh Ahli Pendikir Kampong Belimbing dan Doa Kesyukuran oleh Yang Mulia Haji Mohd Hanafi bin Haji Zaini, Pegawai Hal Ehwal Masjid.

Pemergian Yang Mulia Awang Mohammad bin Ali ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Antarabangsa Kali Ke-15 Di Moscow, Rusia diiringi oleh Awang Haji Haslin bin Haji Mohd Noor, Pemangku Pegawai Ugama Kanan selaku ketua dan pengurus rombongan serta seorang pembimbing iaitu Awang Haji Abdullah bin Haji Lakim.

Pertandingan Tilawah Al-Quran Antarabangsa Kali Ke-15 di Moscow, Rusia telah berlangsung selama 3 hari, iaitu pada Hari Khamis, 18 September 2014M hingga HariSabtu, 20 September 2014M dengan penyertaan 35 buah Negara bagi mengikuti dalam kedua-dua kategori tersebut.














No comments: