Isnin 26/12/2016 :
Majlis Perundingan Klampong Belimbing hari ini mengadakan Pesta Pancing Ikan Air Tawar sempena Pesta Jualan dan Hari Keluarga Kampong Belimbing.
Acara ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ketua Kampong Belimbing yang berlangsung di Taman Riadah Tasik Sarubing, Kampong Belimbing. Acara kali ini bermula pada jam 08:15 pagi sehingga 11:15 pagi.
Bagi Kategori Terpantas mendapat ikan ialah Awg Md Aiman Saifwan bin Md Amirol mendapat ikan Toman dengan kepantasan masa 14 minit 16 saat dengan berat ikan 2.5 kilo.
Bagi Kategori Ikan Terbarat telah dimenangi oleh Awg Masnorin mendapat Ikan Toman seberat 4.3 kilo
Bagi Kategori Mendapat Ikan Terbanyak (Tiada Pemenang)
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Kampong Belimbing. Acara berakhir pada jam 11:15 pagi.
Sebaik saja tamat pertandingan tadi dengan ini daripada pihak penganjur ingin memaklumkan kepada orang ramai tiada siapapun dibenarkan memancing di Taman Riadah Tasik Sarubing kecuali sewaktu pesta pancing atau kebenaran daripada pihak Majlis Perundingan Kampong Belimbing
No comments:
Post a Comment