LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Tuesday 3 February 2015

03 Februari 2015 : MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PEMBINAAN RUMAH BANTUAN

Hari selasa 13 Rabiulakhir 1436 bersamaan 03 Febuari 2015. 

Majlis Penyerahan Sijil Pembenaan Rumah Bantuan Golongan Daif, Fakir dan Miskin Bagi Daerah Brunei dan Muara kepada Awang Kabul bin Haji Omar, Penduduk Kampong Belimbing.

Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan. Juga turut Hadir Yang Berhormat Awg Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampong Belimbing, Yang Mulia Awg Naim bin Haji Kamis, Penghulu Mukim Kota Batu, Yang Mulia Ketua-Ketua Kampong di Mukim Kota Batu dan Yang Mulia Pegawai-Pegawai Kerajaan.

Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, telah menyampaikan sijil rumah bantuan kepada Awg Kabul bin Haji Omar. dikuti daripada wakil Kementerian Belia dan Sukan bagi menyampaikan bantuan asasi dan Yang Berhormat Awg Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim bagi wakil Majlis Perundingan dan Penduduk-penduduk Kampong Belimbing bagi menyampaikan sumbangan 1 set Kerusi, Peti Sejuk dan mesin pencuci pakaian

Tetamu Kehormat juga berkesempatan membuat lawatan pondk bengkel usaha Awg Kabul bin Haji Omar membuat Pemarang.

sebelum mengakhiri acara Tetamu Kehormat juga berkesempatan bergambar ramai bersama Ahli Jawatankuasa Kampong Belimbing dan bersama keluarga Awg Kabul bin Haji Omar














No comments: