LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Monday 12 October 2015

MENERIMA LAWATAN DARIPADA DAERAH TEMBURONG


Alhamdulillah Hari ini Isnin 12.10.2015 Majlis Perundingan Kampong Belimbing telah menerima lawatan daripada kampung-Kampung Majlis Perundingan Daerah Temburong. 

acara dimulakan dengan kata Alu-aluan daripada Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Ketua Kampong Belimbing, dan juga turut hadir Penghulu Mukim Kota Batu Awg Naim bin Haji Kamis 

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatiha yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Abdullah bin Lakim, Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampong Belimbing. Acara seterusnya taklimat yang disampaikan oleh Yang Berhormat dari bahagian Aspek Pengurusan dan Pentadbiran serta Aspek Pendidikan. Awg Daud bin Jihan selaku Setiausaha Majlis Perundingan Kampong Belimbing juga memberi taklimat mengeani Aspek Keselamatan dan Perekonomian dan akhir sekali Yang Mulia Awg Yusrey bin Haji Md Daud, Ketua Biro Belia dan Sukan Majlis Perundingan Kampong Belimbing juga menyampaikan taklimat mengeani Aspek Keugamaan, Kebajikan & Kemasyarakatan dan Aspek Kecerian dan Kebersihan serta dikuti sesi soal jawap 

Sebelum rombongan mengakhiri lawatan semua rombongan telah dibawwa ke Taman Riadah Tasik Sarubing untuk menyaksikan pameran dan lebih mendekatkan lagi 1 Produk 1 Kampung (1K1P) yang ada di Kampong Belimbing.

Acara berlangsung di Rumah Ketua Kampong Belimbing dan di Taman Riadah Tasik Sarubing, Kampong Belimbing.












No comments: