31 Mei 2016 :
Majlis Perundingan Kampong Belimbing dengan gabungan Majlis Perundingan Kampong Subok Alhamdulillah tadi pagi mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung, Derma Anak-Anak Yatim serta Penyerahan Buah Kurma Kurnia Perbadi K.D.Y.M.M PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM kepada penduduk kampong.
Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Awang Sunadi bin Haji Buntar & Isteri, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Juga turut hadir Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud selaku Penasihat Majlis Perundingan Kampong Belimbing / Timbalan Mentri Jabatan Perdana Mentri, Jemputan-Jemputan Khas, Ketua-Ketua Kampong di Mukim Kota Batu serta Penduduk-Penduduk kampong Belimbing dan Kampong Subok
No comments:
Post a Comment