LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Saturday 19 March 2016

19.03.2016
Alhamdulillah Persatuan Bulan Sabit Merah dengan Kerjasama Majlis Perundingan Kampong Belimbing telah mengadakan 60+ EARTH HOUR yang diadakan di Taman Riadah Tasik Sarubing Kampong Belimbing.
Tetamu kehormat majlis Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku ketua Kampong Belimbing.
Acara dimulakan dengan sembahyang Magrib berjemaah di Masjid Kampong Belimbing dan dikuti dengan berjalan kaki menuju ke Taman Riadah Tasik Sarubing " THOUSAND STEP TO SAVE THE EARTH WALK" dengan membawa obor sepanjang perjalanan.
Kemudian obor diserahkan kepada tetamu kehormat majlis untuk memulakan menyalakan lilin menyambut 60+ EARTH HOUR selama 1 jam dan lampu-lampu ditutup kawasan Taman Riadah Tasik Sarubing.
acara juga diteruskan penyampaian lancana kepada 3 orang Ahli Pasukan Bulan Sabit Merah serta kata alu-aluan daripada Pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai












No comments: