LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Monday 6 July 2015

Derma Anak Yatim dan Ibu Tunggal


Ahad 05 Julai 2015 bersamaan 18 Ramadhan 1436H

Majlis penyampaian sumbangan derma anak Yatim dan Ibu-ibu tunggal yang tidak berkerja di Kampong Belimbing tajaan daripada Persatuan Lotus Light Charity yang diketuai oleh pengerusi persatuan Yang Mulia Awg Yeo Ting Lok.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh pengerusi persatuan Yang Mulia Awg Yeo Ting Lok seramai 19 orang Ibu-Ibu Tunggal dan 9 Orang Anak Yatim.

Juga turut hadir Yang Berhormat Awg haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampong Belimbing, Yang Mulia Awg Naim bin Haji Kamis Penghulu Mukim Kota Batu, Yang Mulia Ahli-ahli Persatuan Lotus Light Charity dan Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Belimbing.

Acara ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatiha dan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad bin Ali. acara berlangsung di rumah Ketua Kg Belimbing.











No comments: