LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

LOGO MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

BUAH TAMPOI BELIMBING

BUAH TAMPOI BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

LOGO RESMI KAMPONG BELIMBING

ASAL USUL NAMA KAMPONG BELIMBING

- Berdasarkan asal usul nama Kampong Belimbing, tidak dapat dipastikan secara tepat bermulanya nama tersebut. Namun begitu menurut cerita secara lisan daripada orang tua-tua yang terdahulu, nama Kampong Belimbing berasal dari sepohon Pokok yang besar. Besar lilitanya kira-kira empat pemaluk. Pokok ini berbuah lebat dinamakan buah TAMPOI BELIMBING, buahnya berwarna coklat muda seperti buah tampoi dan bentuknya serupa dengan buah Belimbing Buluh (memanjang) dan berbelibit dikelilinginya. Bagi Mesyarakat Kedayaan buah Belimbing Buluh ini lebih dikenali dengan nama buah Belimbing Pucung. Pohonnya sangat ganjil kerana bersisik dan hanya sepohon saja yang tumbuh sebab itulah kampong ini dinamakan "KAMPONG BELIMBING"

Tempahan Mengunakan Tasik Sarubing

BERMACAM-MACAM PACKAGE YANG ADA KAMI SEDIAKAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE KAMPONG BELIMBING
(HIKING VILLAGE)

SEBARANG PERTANYAAN ABISKITA BOLEHLAH MENGHUBUNGI

YANG MULIA AWANG HAJI GAPOR @ HAJI MD DAUD BIN KARIM
KETUA KAMPONG BELIMBING
TEL : +6732261340 / FAX : +6732260340

YANG MULIA AWANG DAUD BIN JIHAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG BELIMBING
- +6738922286

HOTLINE KAMPONG BELIMBING
- +6738119444

Friday 24 June 2016

Jumaat 24 Jun 2016 : Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim dan Ibu-Ibu Tunggal Kampong Belimbing dari tajaan Persatuan Lotus Light Charity buat kali ke-6 bagi Tahun 1437H / 2016M.
Seramai 8 orang anak-anak Yatim dan seramai 20 orang Ibu-Ibu Tunggal yang tidak berkerja atau Ibu Tunggal yang kurang mempunyai pendapatan bagi Penduduk Kampong Belimbing untuk menerima derma sumbangan daripada Persatuan Lotus Light Charity.
Derma sumbangan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampong Belimbing. Juga turut hadir Yang Mulia Awg Yeo Tiong Lok, Pengerusi Lotus Light Charity Society Negara Brunei Darussalam.
Majlis ini adalah Projek Tahunan Lotus Light Charity Society Negara Brunei Darussalam dengan dikendalikan bersama Majlis Perundingan Kampong Belimbing.
Antara tujuan majlis ini bagi menanamkan rasa perihatin dan pemedulian kepad Anak-Anak Yatin dan Ibu-Ibu Tunggal bagi menyumbangkan bantuan seadanya kepada mereka supay akan dapat turut sama-sama merasai kemeriahan menyambut Bulan Ramadhan dan bulan Syawal yang akan tiba.
Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai bagi Anak-anak Yatim dan Ibu-Ibu Tunggal











No comments: